Minggu, 04 November 2012

Ayat Kursi & Kelebihannya



Maksud Ayat Kursi: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Asslamualaikum. Saya sentiasa mengamalkan bacaan Ayat Kursi sewaktu hendak keluar dari rumah untuk bekerja, setiap kali lepas solat dan setiap kali saya pulang dari kerja sebelum masuk ke dalam rumah. Alhamdulillah, berkat Ayat Kursi, saya selalu dimurahkan rezeki di saat saya kesempitan wang dan sentiasa mendapat petunjuk yang baik di dalam hidup saya. Malah saya juga merasakan seperti saya sentiasa dilindungi oleh Allah dan Malaikat kerana saya berasa amat selamat tidak kira di mana pun saya berada. Sekiranya saya ingin menerangkan apa yang saya rasa bila mengamalkan ayat ini, betapa damai dan sejuknya hati saya, saya rasa mungkin saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia terlalu indan dan sukar untuk digambarkan. Masya ALLAH…
Ayatul Kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supayaAllah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t.masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t.menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yangKami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.



Nasihat Luqman Kepada Anaknya


  • Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  • orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

  • Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  • selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
  • Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
  • Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  • Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
    kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  • Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  • Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.





Sex Suami Istri


Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pula, soal seks memang boleh menjadi masalah besar apatahlagi mereka masih belum banyak pengalaman. Dalam hal ini pada siapakah hendak dirujuk. Bagi memudahkan suami isteri baru ini, berikut diberikan beberapa khidmat nasihat perihal seks yang mungkin tersangat diperlukan oleh anda dan pasangan ketika ini.
1. Bagaimana mahu menjadikan seks sentiasa menyenangkan?
Perkara utama yang menyebabkan aktiviti seks suami isteri jadi tidak mengghairahkan lagi adalah stres. Penyebab lain pula adalah fi kiran anda sendiri. Wanita terutamanya sering memikirkan persoalan ‘adakah saya seksi’ atau ‘tubuh saya gemuk dan tak cantik’ ketika melakukan hubungan intim. Sedangkan inilah perkara yang akan mematikan keseronokan melakukan seks. Memikirkan perkara ini akan menghilangkan tumpuan terhadap seks hingga menyebabkan aktiviti yang menyenangkan ini bertukar menjadi hambar dan anda sendiri malas untuk meneruskannya.
2. Apa yang perlu dicuba agar seks makin hebat
Memang tak dapat dinafi kan bila semakin lama bersama, seks akan jadi perkara rutin yang membosankan. Jadi apa kata cuba ubah suasana ketika melakukannya. Kalau selalu asyik di rumah, tempah bilik hotel yang lebih indah dan jauh dari gangguan untuk sesi hubungan intim. Selain itu lakukan kejutan setiap minggu pada pasangan ataupun mencuba teknikteknik baru setiap kali rasa bosan itu terbit di hati. Dijamin selepas ini seks akan menjadi acara yang dinanti-nantikan dan anda sendiri pasti akan teruja untuk melakukannya.
3. Permintaan seks, bagaimana mahu diluahkan
Luahkan saja permintaan itu pada suami kerana tak mungkin suami akan menolak sesuatu yang disukai. Sebenarnya permintaan seks dari seorang isteri seharusnya tidak menjadi perkara yang janggal untuk dilakukan. Lagipun anda meminta dengan suami sendiri, pasangan yang sah. Kalau masih malu juga cuba berikan petanda yang dapat difahami oleh suami. Misalnya memakai baju yang seksi sambil membuat gerakan tubuh yang menggoda. Belaian atau kucupan hangat di leher juga boleh menjadi umpannya.
4. Apa cara pemanasan paling mengghairahkan?
Apa lagi kalau bukan urutan. Paling bagus anda bergilir-gilir melakukannya. Cubalah urut ke seluruh bahagian tubuh pasangan termasuk bahagian yang paling sensitif. Selain itu jangan lupa oles losen ataupun minyak aromaterapi. Cari haruman yang mampu membangkitkan ghairah. Selepas itu pinta suami pula melakukan perkara yang sama buat diri anda. Kalau anda tetap tidak merasa sensasi ghairah seks yang membara, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena!
5. Bagaimana mahu cuba teknik baru
Teknik atau posisi yang sama setiap kali bersama memang akan membosankan. Ramai pasangan yang berkeinginan mencuba teknik baru untuk mengelakkan rasa hambar tapi terasa ragu-ragu untuk mencubanya. Mereka bimbang suami atau isteri tak dapat menerima perubahan yang dilakukan. Selain itu ada juga yang takut teknik baru tidak menyenangkan pasangan ataupun menyakitkannya. Tapi belum cuba belum tahu. Kalau takut posisi baru menjadi sesuatu yang menyakitkan, pesanlah pada pasangan agar jangan memendamkannya sendirian. Berterus terang saja jika posisi atau teknik yang dicuba tidak menyenangkan.
6. Bagaimana mahu menggoda suami?
Antara yang paling mudah adalah dengan memberi belaian dan juga memanggilnya dengan panggilan yang paling manja. Selain itu suara isteri yang lembut juga boleh menggodanya. Begitu juga dengan gerakan tubuh penuh makna. Anda boleh saja lalu di hadapannya sambil memberi pose seksi seperti duduk dengan kaki bersilang atau berbaring sambil menguraikan rambut. Dalam pada masa yang sama berikan jelingan atau senyuman paling manis buat pasangan. Selamat mencuba!


Hujan Rahmat


Hujan Lebat
Sewaktu Mama.Wafi dok taip entry ni, hujan lebat mencurah curah di luar sana.  Hujan ni dah berlanjutan selama 3 hari di Alor Setar. Kalau berterusan lagi, maka tidaklah mustahil kawasan kawasan yang rendah di Kedah ni banjir macam banjir yang terjadi sekitar November tahun lalu apabila hujan turun berlarutan. Semua kawan-kawan seofis Mama.Wafi amek EL.. sebabnya company policy xda cuti khas untuk bencana alam. Rugi la tahun tu buat orang yang every year dok dapat Bonus n Award sebab tak pernah ambil MC n EL…Tup2 hujung tahun mai banjir, tpaksa EL..Melepasss la sudaahhhhhhhh duit itu.huhuhu. sob..sob…
Mama.Wafi buka Tafsir Al-Quran dan Mama.Wafi mendapati ada lebih kurang 60 ayat di dalam Al-Quran menyebut tentang hujan..Bagaimana kejadian hujan, apa sebab diturunkan hujan, doa untuk menghentikan hujan dan banyak lagi rahsia hukum semulajadi ini,Allah telah ceritakan di dalam Al-Quran. Mama.Wafi dapat merasakan getaran di dalam hati ini apabila membaca ayat-ayat AlQuran ini tentang hujan kerana setiap kalimah yang Mama.Wafi baca, sangat terasa Kebesaran dan Kemuliaan Allah Subhanahu Wataala…
Dari pemahaman Mama.Wafi, apabila Allah menurunkan hujan, ianya boleh terbahagi kepada dua kategori. Yng pertama, hujan adalah rahmat dari Allah buat manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda hidup yang lain. Yang kedua pula, hujan adalah satu bala atau bencana yang Allah turunkan akibat daripada perbuatan manusia yang lalai kepada Allah dan berbuat jahat di dunia ini.

Hujan Adalah Rahmat.
Indahnya Ciptaan Allah
A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al Baqarah Ayat 22)

Rahmat Dari ALLAH
A099
Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Surah Al An’aam ayat 99)
Cukuplah Mama.Wafi selitkan 2 ayat daripada hampir 60 ayat yang Mama.Wafi jumpa. 2 ayat ini sudah cukup untuk menggerunkan jiwa kita tentang Kebesaran Allah dan sudah cukup untuk menerangkan tentang rahmat yang Allah turunkan kepada kita melalui hujan. Hujan diturunkan untuk menyuburkan tanaman kita, menyegarkan tumbuh tumbuhan dan haiwan2. Hayatilah ayat-ayat AlQuran ini untuk menjadi pedoman dan kesedaran kepada kita termasuklah Mama.Wafi jugeeeee…..

Hujan Adalah Bala dan Peringatan Dari Allah.

Banjir Buruk
A025
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). (Surah Nuh Ayat 25)

A073
Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di dalam bahtera, dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran. (Surah Yunus Ayat 73)

Bencana Alam
A173
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. (Surah Assyuraa Ayat 173)

Ayat-ayat di atas dan banyak lagi ayat di dalam Al Quran menerangkan tentang amaran dan Bala dari Allah setelah manusia mengingkariNya. Jadi, bila berlaku banjir di mana- mana, kita harus ingat bahawa Allah sedang menberi peringatan dan balasan ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Musibah ini juga sebgai ujian Allah kepada hambanya yang sabar dan beriman. Hayati ayat-ayat di bawah ini pula :

A155


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Surah Al Baqarah Ayat 155)

A156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah Al Baqarah Ayat 156)_
Ujian Allah itu berlaku dalam pelbagai bentuk seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Perkara itu untuk membuktikan siapakah yang penyabar serta tetap bertuhankan Allah dalam apa juga keadaan yang ditempuhinya.
Jadi, jelaslah bahawa orang yang sabar itu adalah yang tetap beriktikad, bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah yang amat berat. Malah, mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.
Begitu la panjang lebar sekali Mama.Wafi mengupas tantang hujan ini… Untuk menjadi peringatan kepada Mama.Wafi dan semua umat Islam. Oppppsss…sebelum Mama.Wafi terlupa, ni ada satu ayat di dalam AlQuran yang boleh dibaca untuk memohon perlindungan dari Allah supaya dijauhkan daripada banjir dan hujan yang membinasakan.

DOA APABILA BANJIR ATAU HUJAN LEBAT
A044
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”. (Surah Hud Ayat 44)
Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah Subhanahu Wataala. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk dari Mama.Wafi sendiri. Amin dan Wassalam….